Monday, August 4, 2008

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK

Guru Besar SK Bukit Sentosa telah merasmikan bulan patriotik peringkat sekolah pada 4 ogos 2008 di dataran perhimpunan. Bulan patriotik ini adalah gabungan antara panitia muzik, Kajian Tempatan dan sivik. Di antara aktiviti yang di jalankan pada hari perasmian ini ialah penyampaian sajak oleh Pn Roslina, Syair dan berbagai lagi. Di sepanjang bulan patriotik ini banyak aktiviti yang di jalankan , di samping itu jualan barang-barang hari kemerdekaan juga di sedikan oleh Pn Nor laila dan Puan Saniah. Jualan ini di buka ketika waktu rehat. Bulan patriotik ini berlangsung sehingga 29 ogos 2008.

Sunday, August 3, 2008

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2008

Pada 25 - 27 Ogos 2008 yang lalu sekolah ini telah membuat perkhemahan ko-kurikulum kali ke dua di Ulu Tamu. Seramai 152 orang murid telah menyertai perkhemahan ini. Banyak aktiviti yang di jalankan. Para peserta menempuh banyak halangan di samping cuaca yang tidak menentu. Berkat kesabaran jurulatih dan guru-guru semua aktiviti berjalan dengan lancarnya. Diantara aktiviti yang di jalankan ialah :

1. Jalan Malam - 5 Kilometer
2. Jungle Tracking - 4 Kilometer
3. Larian Berhalangan - 5 Kilometer
4. Flying Fox

Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya PK Koku yang bertungkus lumus memastikan aktiviti ini barjalan sebagaimana yang di rancang.