Thursday, November 20, 2008

UJIAN DIAGNOSTIK

Pelajar tahun satu 2009 telah menjalani ujian diagnostik pada 15 November yang lalu. Seramai 385 orang murid telah menghadiri ujian ini . Namun begitu masih ada pelajar yang tidak menghadiri ujian ini.

Pelajar yang tidak menghadiri ujian pada tarikh ni akan menjalaninya pada minggu pertama hari persekolahan tahun 2009.

Ujian diagnostik ini adalah untuk mengenalpasti pelajar yang belum menguasai huruf dan bacaan.Pada tahun hadapan sebanyak 4 kelas KIA di buka berdasarkan keputusan ujian yang telah di jalankan

KEPUTUSAN UPSR 2008

Tahniah kepada pelajar-pelajar skbs tahun 6 2008 yang berjaya dalam upsr. Bagi mereka yang tidak berjaya , ini bukan titik terakhir. Cuba lagi di sekolah menengah nanti semoga semuanya bahagia.Yang penting berusaha setiap masa.

Pada tahun ini seramai 38 orang pelajar telah berjaya mencapai 5A. Keputusan ini menyamai keputusan pada tahun lalu. Peratus kelulusan menurun jika di bandingkan dengan peratus kelulusan pada tahun lepas.

Tahniah kepada guru-guru skbs semuanya yang berkorban sehingga melahirkan murid yang berjaya. Begitu juga kepada pihak PIBG yang membantu pihak sekolah melakanakan program yang menjana kepada kejayaan ini. Semoga pakatanini berterusan dan berkekalan

Monday, August 4, 2008

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK

Guru Besar SK Bukit Sentosa telah merasmikan bulan patriotik peringkat sekolah pada 4 ogos 2008 di dataran perhimpunan. Bulan patriotik ini adalah gabungan antara panitia muzik, Kajian Tempatan dan sivik. Di antara aktiviti yang di jalankan pada hari perasmian ini ialah penyampaian sajak oleh Pn Roslina, Syair dan berbagai lagi. Di sepanjang bulan patriotik ini banyak aktiviti yang di jalankan , di samping itu jualan barang-barang hari kemerdekaan juga di sedikan oleh Pn Nor laila dan Puan Saniah. Jualan ini di buka ketika waktu rehat. Bulan patriotik ini berlangsung sehingga 29 ogos 2008.

Sunday, August 3, 2008

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2008

Pada 25 - 27 Ogos 2008 yang lalu sekolah ini telah membuat perkhemahan ko-kurikulum kali ke dua di Ulu Tamu. Seramai 152 orang murid telah menyertai perkhemahan ini. Banyak aktiviti yang di jalankan. Para peserta menempuh banyak halangan di samping cuaca yang tidak menentu. Berkat kesabaran jurulatih dan guru-guru semua aktiviti berjalan dengan lancarnya. Diantara aktiviti yang di jalankan ialah :

1. Jalan Malam - 5 Kilometer
2. Jungle Tracking - 4 Kilometer
3. Larian Berhalangan - 5 Kilometer
4. Flying Fox

Terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya PK Koku yang bertungkus lumus memastikan aktiviti ini barjalan sebagaimana yang di rancang.

Tuesday, March 4, 2008

KEPUTUSAN UPSR

Keputusan upsr tahun 2007 telah di umumkan pada 13 november 2007. Hasil penat ibu bapa dan guru sk bukit sentosa telah menunjukkan hasil yang cemerlang.
Seramai 38 orang pelajar telah mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas yang hanya memperolehi 21 orang mendapat 5A. Tahniah bagi murid-murid yang telah berjaya.
Penyampaian slip peperiksaan telah di sampaikan oleh PK KurikuluM , EN. KAMRUL IDZHAM di dewan sekolah.
Sejak pagi lagi para ibubapa telah menunggu untuk melihat pencapaian anak mereka.
Semoga SKBS terus cemerlang.