Sunday, November 22, 2009

UJIAN DIAGNOSTIK 2009/2010

Ujian Diagnostik untuk pelajar tahun 1 2010 telah di adakan pada 21/11/2009. Seramai 329 yang membuat pengesahan telah hadir untuk membuat ujian ini. Ujian ini telah berjalan lancar , bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00pagi. Keputusan ujian ini di jangka akan di ketahui pada awal bulan Disember . Para ibu bapa boleh menyemak kelas terbaru pada 2 disember 2009 di papan kenyataan Dewan Terbuka SKBS.

CEMERLANG UPSR 2009


Tahniah di ucapkan kepada pelajar tahun 6 2009 yang telah mendapat keputusa 5A yang lalu. Semoga kejayaan ini berkekalan hingga ke masa hadapan. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Guru Besar, Barisan Penolong Kanan,PIBG, Guru-Guru, Ibubapa dan mereka yang membantu pelajar ini mendapat kejayaan. Teruskan usha untuk kejayaan yang akan datang. SKBS Boleh !

Saturday, February 21, 2009

TAKLIMAT 3K SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR




Taklimat 3k sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor telah diadakan di SKBS pasa 19 Feb 2009. Pengetua, Guru Besar, Syarikat Kebersihan dan Syarikat Keselamatan telah di jemput menghadiri taklimat ini. Ini adalah untuk menambah baikan hubungan antara pihak sekolah dengan syarikat Keselamatan dan Kebersihan.
Terima kasih kepada pihak PPD yang dapat memberi taklimat dan menjadi orang tengah diantara sekolah dan pihak syarikat. Taklimat ini bukanlah tempat untuk melepaskan geram atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mencari jalan penyelesaian diantara pihak sekolah dan syarikat.
Terima kasih juga kepada pihak syarikat keselamatan dan kebersihan kerana membantu pihak sekolah dari segi keselamatan dan kebersihan. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa pihak tuan-tuan.

UJIAN BULAN FEBRUARI

Ujian Bulan Februari akan dijalankan pada 23 feb hingga 25 feb 2009. Ujian ini adalah untuk mengukur pencapaian pengetahuan pelajar sepanjang bulan jan hingga feb.
Bagi tahun 6 pula ujian ini adalah untuk menilai pelajar yang akan membawa tanggungjawab menaikkan prestasi UPSR tahun ini . Tiga kelas KRCT akan di wujudkan selepas ujian kali ini. Semoga semua pelajar SKBS dapat bersedia dan beroleh kejayaan.

Sunday, January 18, 2009

PEMUAFAKATAN TAHUN 6 2009


Jawatan kuasa tahun 6 telah mengadakan pemuafakatan tahun 6 2009 pada 10 januari yang lalu. Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid tahun 6 yang hadir pada hari tersebut. Program ini bermula pada 9 januari 2009 dengan di mulai bacaan yaasin dan solat hajat. Manakala pada hari berikutnya diadakan penerangan tentang program tahun 6, memperkenalkan guru-guru tahun6 dan mento mante. Program ini telah di rasmikan oleh YDP PIBG . Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa, guru-guru , PIBG dan semua yang memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung . Semoga pemuafakatan ini memberi kebaikan kepada semua khususnya murid-murid tahun 6 2009.