Saturday, February 21, 2009

TAKLIMAT 3K SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR




Taklimat 3k sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor telah diadakan di SKBS pasa 19 Feb 2009. Pengetua, Guru Besar, Syarikat Kebersihan dan Syarikat Keselamatan telah di jemput menghadiri taklimat ini. Ini adalah untuk menambah baikan hubungan antara pihak sekolah dengan syarikat Keselamatan dan Kebersihan.
Terima kasih kepada pihak PPD yang dapat memberi taklimat dan menjadi orang tengah diantara sekolah dan pihak syarikat. Taklimat ini bukanlah tempat untuk melepaskan geram atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mencari jalan penyelesaian diantara pihak sekolah dan syarikat.
Terima kasih juga kepada pihak syarikat keselamatan dan kebersihan kerana membantu pihak sekolah dari segi keselamatan dan kebersihan. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa pihak tuan-tuan.

UJIAN BULAN FEBRUARI

Ujian Bulan Februari akan dijalankan pada 23 feb hingga 25 feb 2009. Ujian ini adalah untuk mengukur pencapaian pengetahuan pelajar sepanjang bulan jan hingga feb.
Bagi tahun 6 pula ujian ini adalah untuk menilai pelajar yang akan membawa tanggungjawab menaikkan prestasi UPSR tahun ini . Tiga kelas KRCT akan di wujudkan selepas ujian kali ini. Semoga semua pelajar SKBS dapat bersedia dan beroleh kejayaan.