Thursday, February 19, 2015

PERLANTIKAN KETUA DAN PENGAWAS

Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas seperti berikut :

TARIKH         :  16.02.2015

TEMPAT        :   Dataran Perhimpunan
MASA            :   7.20 pg

PERASMI       :   Tn Guru Besar

 
Majlis ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pengawas Rakan Sebaya.

Aturcara Majlis   :

                             Nyanyian 3 Buah Lagu ( Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah )

                             Bacaan Doa

                             Penyampaian Watikah Pelantikan

                             Bacaan Ikrar

                             Penyampaian Watikah Penurunan Kuasa Merotan

                             Ucapan Guru Besar

Semoga majlis ini memberi semangat kepada semua pengawas untuk menjalankan tanggung jawab yang telah di amanahkan kepada mereka .








                       

Saturday, February 14, 2015

LADAP 2015 MOIE MAKER

Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa telah membuat program LADAP yang pertama tahun 2015 seperti berikut :

                        TARIKH    :   17 FEB 2015
                     
                        MASA       :    8.00 PAGI

                       TEMPAT    :    DEWAN BUDIMAN

                      PENCERAMAH  : ENCIK AZHAM ( BTP)

                      TAJUK         :    MOVIE MAKER DAN PW


Seramai 125 orang guru SKBS telah menghadiri dan mengikuti LADAP ini . Semoga program ini memberi manfaat  kepada guru guru di sekolah ini.





Thursday, March 4, 2010

PENDAFTARAN TAHUN SATU (1) 2011 DAN 2012

Sebagaimana yang di arahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ( JPS ) pendaftaran tahun 1 2011 dan 2012 hendaklah di buat secara online. Para ibubapa bolehlah membuat pendaftaran di alamat yang tertera di bawah :

http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/
( LIHAT PAUTAN HEM )

Tarikh akhir pendafataran adalah 31 Mac 2010. Kelewatan mendaftar akan menyebabkan anak tuan/puan tidak dapat di daftarkan di sekolah yang di kehendaki.

Lanhkah-langkah pendaftaran :
1. Buka laman
- web Jabatan Pelajaran selangor @
- blog skbukitsentosa ( www.skbukitsentosa.blogspot.com )
( www.sk-bukitsentosa.ning.com )
2. Isi maklumat yang tertera dengan lengkap.
3. Print maklumat pengesahan ( 2 salinan )
4. Hantar surat pengesahan ke sekolah untuk di tandatangani oleh Guru besar.
5. Tunggu surat penempatan
6. Buat pengesahan di sekolah . ( Bulan September )

Jika ada masalah sila berhubung dengan pihak sekolah

Sunday, November 22, 2009

UJIAN DIAGNOSTIK 2009/2010

Ujian Diagnostik untuk pelajar tahun 1 2010 telah di adakan pada 21/11/2009. Seramai 329 yang membuat pengesahan telah hadir untuk membuat ujian ini. Ujian ini telah berjalan lancar , bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00pagi. Keputusan ujian ini di jangka akan di ketahui pada awal bulan Disember . Para ibu bapa boleh menyemak kelas terbaru pada 2 disember 2009 di papan kenyataan Dewan Terbuka SKBS.

CEMERLANG UPSR 2009


Tahniah di ucapkan kepada pelajar tahun 6 2009 yang telah mendapat keputusa 5A yang lalu. Semoga kejayaan ini berkekalan hingga ke masa hadapan. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Guru Besar, Barisan Penolong Kanan,PIBG, Guru-Guru, Ibubapa dan mereka yang membantu pelajar ini mendapat kejayaan. Teruskan usha untuk kejayaan yang akan datang. SKBS Boleh !

Saturday, February 21, 2009

TAKLIMAT 3K SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR




Taklimat 3k sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor telah diadakan di SKBS pasa 19 Feb 2009. Pengetua, Guru Besar, Syarikat Kebersihan dan Syarikat Keselamatan telah di jemput menghadiri taklimat ini. Ini adalah untuk menambah baikan hubungan antara pihak sekolah dengan syarikat Keselamatan dan Kebersihan.
Terima kasih kepada pihak PPD yang dapat memberi taklimat dan menjadi orang tengah diantara sekolah dan pihak syarikat. Taklimat ini bukanlah tempat untuk melepaskan geram atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mencari jalan penyelesaian diantara pihak sekolah dan syarikat.
Terima kasih juga kepada pihak syarikat keselamatan dan kebersihan kerana membantu pihak sekolah dari segi keselamatan dan kebersihan. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa pihak tuan-tuan.

UJIAN BULAN FEBRUARI

Ujian Bulan Februari akan dijalankan pada 23 feb hingga 25 feb 2009. Ujian ini adalah untuk mengukur pencapaian pengetahuan pelajar sepanjang bulan jan hingga feb.
Bagi tahun 6 pula ujian ini adalah untuk menilai pelajar yang akan membawa tanggungjawab menaikkan prestasi UPSR tahun ini . Tiga kelas KRCT akan di wujudkan selepas ujian kali ini. Semoga semua pelajar SKBS dapat bersedia dan beroleh kejayaan.