
Sunday, November 22, 2009
UJIAN DIAGNOSTIK 2009/2010

CEMERLANG UPSR 2009


Saturday, February 21, 2009
TAKLIMAT 3K SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Taklimat 3k sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor telah diadakan di SKBS pasa 19 Feb 2009. Pengetua, Guru Besar, Syarikat Kebersihan dan Syarikat Keselamatan telah di jemput menghadiri taklimat ini. Ini adalah untuk menambah baikan hubungan antara pihak sekolah dengan syarikat Keselamatan dan Kebersihan.
Terima kasih kepada pihak PPD yang dapat memberi taklimat dan menjadi orang tengah diantara sekolah dan pihak syarikat. Taklimat ini bukanlah tempat untuk melepaskan geram atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk mencari jalan penyelesaian diantara pihak sekolah dan syarikat.
Terima kasih juga kepada pihak syarikat keselamatan dan kebersihan kerana membantu pihak sekolah dari segi keselamatan dan kebersihan. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa pihak tuan-tuan.
UJIAN BULAN FEBRUARI
Ujian Bulan Februari akan dijalankan pada 23 feb hingga 25 feb 2009. Ujian ini adalah untuk mengukur pencapaian pengetahuan pelajar sepanjang bulan jan hingga feb.
Bagi tahun 6 pula ujian ini adalah untuk menilai pelajar yang akan membawa tanggungjawab menaikkan prestasi UPSR tahun ini . Tiga kelas KRCT akan di wujudkan selepas ujian kali ini. Semoga semua pelajar SKBS dapat bersedia dan beroleh kejayaan.
Bagi tahun 6 pula ujian ini adalah untuk menilai pelajar yang akan membawa tanggungjawab menaikkan prestasi UPSR tahun ini . Tiga kelas KRCT akan di wujudkan selepas ujian kali ini. Semoga semua pelajar SKBS dapat bersedia dan beroleh kejayaan.
Sunday, January 18, 2009
PEMUAFAKATAN TAHUN 6 2009

Jawatan kuasa tahun 6 telah mengadakan pemuafakatan tahun 6 2009 pada 10 januari yang lalu. Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid tahun 6 yang hadir pada hari tersebut. Program ini bermula pada 9 januari 2009 dengan di mulai bacaan yaasin dan solat hajat. Manakala pada hari berikutnya diadakan penerangan tentang program tahun 6, memperkenalkan guru-guru tahun6 dan mento mante. Program ini telah di rasmikan oleh YDP PIBG . Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa, guru-guru , PIBG dan semua yang memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung . Semoga pemuafakatan ini memberi kebaikan kepada semua khususnya murid-murid tahun 6 2009.
Subscribe to:
Posts (Atom)