Tuesday, March 4, 2008

KEPUTUSAN UPSR

Keputusan upsr tahun 2007 telah di umumkan pada 13 november 2007. Hasil penat ibu bapa dan guru sk bukit sentosa telah menunjukkan hasil yang cemerlang.
Seramai 38 orang pelajar telah mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun ini berbanding dengan tahun lepas yang hanya memperolehi 21 orang mendapat 5A. Tahniah bagi murid-murid yang telah berjaya.
Penyampaian slip peperiksaan telah di sampaikan oleh PK KurikuluM , EN. KAMRUL IDZHAM di dewan sekolah.
Sejak pagi lagi para ibubapa telah menunggu untuk melihat pencapaian anak mereka.
Semoga SKBS terus cemerlang.